Tag: rasuah
Penolong jurutera kementerian, suami disyaki rasuah RM15,000
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan, menahan reman seorang penolong jurutera sebuah kementerian dan suami kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM15,000 daripada syarikat pemaju sebagai dorongan mendapatkan dokumen berkaitan projek perumahan di sebuah daerah di negeri Selangor.
Lembaga Disiplin PKR kena siasat dakwaan rasuah
Tindakan menyandarkan isu ini kepada parti yang pernah disertainya sebelum ini adalah tidak wajar dan tidak produktif
Bila diri sendiri yang penuh tahi, tapi acah-acah baik – Dr....
Lantaran itu, Dr. Akmal menyarankan pihak-pihak yang mengaitkan UMNO dalam isu rasuah cermin diri dulu sebelum tuduh parti lain.
Op Birth: 14 direman disyaki terlibat rasuah pendaftaran kelahiran
Suspek yang terdiri daripada 11 lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 20 hingga 40-an itu ditahan antara pukul 12 tengah hari hingga 6 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Selangor.
SPRM tahan pengurus syarikat kemuka tuntutan palsu RM110,000
Ia berkaitan kerja membekal, menghantar dan mentauliah peralatan sokongan kepada penerima bantuan PPSPA Bil.1/20223 Negeri Johor bernilai lebih RM110,000 sedangkan pembekalan tidak dilaksanakan dengan sempurna.
SPRM buka bilik gerakan PRK DUN Ayer Kuning
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.48 Ayer Kuning, Perak.
Pembantu Operasi Dituduh Terima Rasuah RM15,000 #MGFlash
Seorang pembantu operasi didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka hari ini, atas tiga pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM15,000 sebagai upah memperakui perakuan siap kerja pembaikan di sebuah institusi pengajian tinggi, tiga tahun lalu.
Pembelaan Bung Moktar, Zizie ditangguh hingga Ogos ini
Hakim Rosli Ahmad membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan tidak membantah permohonan penangguhan yang dikemukakan pasangan tersebut. Kedua-duanya sepatutnya mula membela diri hari ini.
SPRM tahan ketua cawangan jabatan kerajaan di Kelantan
Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan suspek dijangka dibawa untuk permohonan reman di Mahkamah Gua Musang pagi esok.
PM akui masih berlaku ketirisan, rasuah dalam kalangan penjawat awam
Perdana Menteri menggesa agar kumpulan penjawat awam mencari jalan supaya langkah reformasi perkhidmatan awam yang sedang dilaksanakan dapat mencapai apa yang dimahukan selain berkata isu tersebut tidak boleh diambil ringan.

















