Wednesday, April 24, 2024
Home Tag Tadah Air

Tag: Tadah Air

Penduduk Bukit Serdang Mula Tadah Air

Muhammad Haffizi Suhaimee bersama isterinya, Noor Fazlyn Mohd Amin menadah air sebagai persediaan selepas Air Selangor mengeluarkan kenyataan sebanyak 463 kawasan dijangka akan terjejas ekoran pencemaran bau diesel yang dikesan di Tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bukit Serdang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 16 DISEMBER 2021.

Gelagat Penduduk Shah Alam Siap Sedia Hadapi Gangguan Bekalan Air

Penduduk, Hernida, 46, menyimpan air ke dalam tong bagi persediaan menghadapi gangguan bekalan air berjadual bagi kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal yang akan menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Batu 7, Jalan Kebun Seksyen 30 Shah Alam, Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 12 OKTOBER 2021.

Penduduk Petaling Jaya Siap Sedia Hadapi Gangguan Bekalan Air

Gelagat kanak-kanak, Raudhah Falisha Aniq semasa membantu datuknya, Ramli Mat Noor mengisi air sebagai persiapan gangguan bekalan air secara berjadual ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Flat Desa Mentari, Petaling Jaya, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 29 MAC 2021.