Tag: UAE
Hospital medan UAE di Gaza mula beroperasi
Hospital itu dilengkapi 150 katil, bilik pembedahan untuk melakukan pelbagai jenis pembedahan seperti pembedahan am, pediatrik serta vaskular dan dikendalikan oleh pasukan perubatan UAE.
Pesawat pertama bawa kanak-kanak dari Gaza terima rawatan tiba di UAE
Menurut Agensi Berita Emirates (WAM), pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi dari Lapangan Terbang Antarabangsa El Arish di Mesir membawa kanak-kanak yang paling memerlukan bantuan perubatan segera.
PM Anwar sifatkan lawatan ke UAE berjaya
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan beliau ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai membuahkan hasil yang baik dengan berjaya menarik komitmen pelaburan berjumlah RM40.6 bilion (US$8.6 billion) .
Lawatan PM ke UAE jana pelaburan komited berjumlah RM40.6 bilion
Pelaburan yang diraih termasuk komitmen daripada Abu Dhabi Future Energy Company PJSC (Masdar) untuk melabur sehingga RM37.8 bilion bagi membangunkan projek tenaga boleh baharu dengan kapasiti 10GW di Malaysia.
Malaysia, UAE jalin kerjasama pelabur – PM Anwar
Anwar turut menghadiri persidangan meja bulat bersama barisan pemimpin industri di UAE.
PM diterima menghadap Presiden UAE, bincang hubungan dua hala
Program hari kedua pada Jumaat menyaksikan Perdana Menteri akan melawat Bandaraya Masdar yang terkenal sebagai bandar lestari terancang pertama di dunia sekali gus menggariskan komitmen Malaysia ke arah pembangunan yang lestari dan penyelesaian tenaga boleh diperbaharui.
CEPA majukan lagi hubungan Malaysia – UAE – Tengku Zafrul
Perjanjian Komprehensif Perkongsian Ekonomi (CEPA) antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan mewujudkan rangka kerja ekonomi yang memupuk inovasi, memacu pertumbuhan ekonomi dan mencipta peluang pekerjaan untuk kedua-dua negara.
Agong berkenan serah kunci Ru’ RASA, zahir penghargaan kepada UAE
Al-Sultan Abdullah juga berkenan mencemar duli melawat empat Ru'RASa di Kampung Ketam, Kuala Sanggang, Kampung Batu dan Kampung Bukit Kelulut, semuanya di daerah Temerloh.
Polis Dubai rampas 13 tan dadah
Digelar "kokain orang miskin", Captagon dilaporkan antara dadah paling popular dalam kalangan belia di negara Teluk.
UAE tangguh eksport beras selama 4 bulan
Menurut Kementerian Ekonomi, penggantungan eksport sementara itu bertujuan memastikan penyelenggaraan bekalan yang mencukupi di pasaran tempatan, berikutan larangan India mengeksport beras bukan basmati.

















