Friday, April 19, 2024
Home Tag WARGA KOTA

Tag: WARGA KOTA

Warga Kota Mula Pulang Selepas Cuti Tahun Baharu Cina

Aliran trafik bergerak perlahan dari Pantai Timur menghala ke Kuala Lumpur berikutan orang ramai pulang ke ibu kota selepas bercuti panjang sempena sambutan Tahun Baru Cina ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak. Foto MOHD ADZLAN, 24 JANUARI 2023.

Arnab Simbolik Sambutan Tahun Baru Cina 2023

Masyarakat Tionghoa tidak melepaskan peluang membeli barangan sebagai persiapan akhir menjelang sambutan perayaan Tahun Baru Cina esok ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 21 JANUARI 2023.

Pembukaan Datum Jelatek Jadi Tumpuan Orang Ramai

Orang ramai tidak melepaskan peluang pada hari minggu untuk berkunjung ke pusat membeli belah selepas pembukaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat beli belah Datum Jelatek, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 26 NOVEMBER 2022.

Hujan Lebat di Kuala Lumpur

Orang awam meredah hujan lebat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan negara akan mengalami ribut petir dan hujan lebat yang lebih kerap pada petang dan awal malam berikutan fasa peralihan monsun yang dijangka bermula 03 Oktober ini. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 30 SEPTEMBER 2022.

Malam Pusaka di Ruang Kota – Penari Sri Wahyuni

Penari kumpulan Sri Wahyuni melakukan persembahan Seni Reog sempena Malam Pusaka di Ruang Kota di Rex KL, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 17 SEPTEMBER 2022.

Fasa Pertama Lebuhraya Bertingkat SUKE Sedia Dibuka

Keadaan di sekitar Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang akan mula beroperasi tidak lama lagi bagi Fasa Pertama dari persimpangan Cheras-Kajang ke Bukit Antarabangsa sepanjang 24.4 km yang menghubungkan Sri Petaling ke Jalan Hulu Kelang di Kuala Lumpur. Foto MALAYSIA GAZETTE, 14 SEPTEMBER 2022.

Cuti Persekolahan – Pusat Sains Negara Jadi Tumpuan

Sebahagian warga kota mengambil peluang cuti sekolah dengan membawa ahli keluarga bagi ruang Pameran Dinosaur Encounter ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 08 SEPTEMBER 2022.

Awas! Elak terjerat penipuan Skim Bantuan Khas Covid-19

Dalam ketiga-tiga kes tersebut, mangsa merupakan seorang warga tempatan berusia dalam lingkungan 26 tahun hingga 48 tahun telah menerima SMS yang menawarkan Bantuan Khas Covid-19 berjumlah RM500 seorang.

Aliran Trafik Sesak Arah Pantai Timur Menuju Ke Pusat Bandar

Situasi aliran trafik dari arah Lebuhraya Pantai Timur menuju ke Plaza Tol Gombak mulai sesak dengan kenderaan warga kota yang mula pulang semula ke destinasi masing-masing setelah bercuti sempena Aidiladha ketika tinjaun lensa Malaysia Gazette di Gombak, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 11 JULAI 2022.

LENSA MG | Solat Sunat Aidiladha di Masjid Wilayah Persekutuan

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) menunaikan solat sunat Aidiladha bersama para jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 10 JULAI 2022.