Thursday, August 20, 2026
Home Tag Warisan

Tag: warisan

ADUN Kukusan keluar Warisan, sertai Harapan Rakyat

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan Rina Jainal hari ini mengumumkan keluar daripada Parti Warisan (Warisan) dan menyertai parti tempatan Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat).

Pemilihan Warisan: Mohd Shafie bersikap terbuka, sedia dicabar

Mohd Shafie berkata parti itu pada mulanya memohon kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk menangguhkan persidangan tersebut, namun pada 26 Mei lepas RoS menolak permohonan tersebut justeru persidangan itu akan diadakan pada Ogos depan.

Warisan akan bertanding di Semenanjung pada PRU15 – Shafie

Bukan sahaja kami mahu mempertahankan kemenangan (PRU14) di peringkat negeri Sabah, bahkan juga mahu menawarkan diri di Semenanjung. - Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Shafie juga tolak permintaan Muhyiddin mahu kerjasama

“Saya sudah beritahu Muhyiddin apabila beliau berhubung dengan saya bahawa saya telah mainkan peranan saya ketika PRU-14 tetapi apabila Langkah Sheraton itu terjadi, saya teruskan perjuangan saya yang amat konsisten sejak dulu," katanya.

ADUN Elopura, Sri Tanjong sertai Warisan

Tindakan dua ADUN itu menjadikan Warisan kini mempunyai 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan DAP empat kerusi DUN.

Tarik sokongan jika RUU Anti Lompat Parti tak diluluskan – Shafie

Semalam Guan Eng memberitahu seandainya Akta Anti Lompat Parti tidak di bawa ke Parlimen maka MoU dimeterai akan terbatal.

Warisan sokong kerusi Parlimen Sabah, Sarawak ditambah – Mohd Shafie

Hari ini ada 222 (kerusi) parlimen, kalau dikira Sabah ada 25 (kerusi) dan Sarawak, 31 (kerusi), jadi semua 56 ( kerusi parlimen), kalau dikira daripada 222 itu,  jumlah 56 kerusi untuk Sabah dan Sarawak tidak sampai pun satu pertiga. - Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Salah sendiri jika ditipu kali kedua – Guan Eng

Lim Guan Eng hari ini membayangkan tidak akan ada kerjasama dengan Perikatan Nasional, Pejuang dan Amanah dalam pilihan raya akan datang.

Keputusan PRN Johor tak seperti yang kita harapkan – Shafie

“Keputusan PRN tidak seperti yang kita harapkan dan masa juga tidak menyebelahi kita. Namun ini bukan masa untuk berputus asa. Kini masa untuk kita susun strategi dan mengorak langkah hadapi PRU-15 kelak," katanya.

PRN Johor: Warisan lebih berminat jadi pembangkang – Shafie

Kita lihat sendiri bagaimana PH sendiri ditolak oleh rakyat dalam dua PRN. Jadi apa maksudnya? Rakyat mahukan perubahan dan kini mereka juga menolak PH.