Ahmad Maslan

BATANG KALI – Pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Kuala Kubu Baharu seharusnya memilih calon daripada kerajaan berbanding pembangkang untuk menjadi wakil mereka pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahnad Maslan berkata, calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao boleh menjadi penghubung antara kerajaan dan rakyat sekiranya memenangi kerusi berkenaan.

“Mereka pembangkang boleh beri apa saya nak beritahu kepada pengundi (bahawa) untungnya ada kerajaan, jangan pilih pembangkang.

“Pembangkang bila kita jumpa dia, dia kata tak ada peruntukan memanglah pembangkang siapa nak bagi peruntukan. Sudah ada tiga wakil pembangkang di Hulu Selangor iaitu DUN Batang Kali, DUN Hulu Bernam dan Ahli Parlimen Hulu.

“Mari kita bina jambatan kerajaan negeri dengan keraajan pusat menerusi ADUN Kuala Kubu Bharu. Tidak ada faedah memilih pambangkang satu sen pun, tak ada faedah,” katanya, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ahmad yang diminta mengulas mengenai ketidakberadaan pemimpin Pas sepanjang tiga hari berkempen berkata, beliau berasakan hairan kerana parti itu telah berikrar untuk membantu calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Khairul Azhari Saut yang mewakili Perikatan Nasional (PN).

“Saya hairan sebab kalau MCA tidak hadir itu kita faha, m sebab MCA telah mengatakan mereka tidak mahu terlibat. Tapi MCA tidak terlibat kita ada PKR dan DAP untuk mengisi kekosongan itu,” katanya.

PRK Kuala Kubu Baharu akan berlangsung pada 11 Mei ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon daripada Pakatan Harapan,  Pang Sock Tao; calon PN, Khairul Azhari Saut; calon Parti Rakyat Malaysia, Hafizah Zainudin dan calon bebas, Nyau Ke Xin.

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Pada Pilihan Raya Negeri Ogos tahun lalu, Kee Hiong menewaskan tiga pencabarnya daripada PN, PRM dan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dengan meraih majoriti undi sebanyak 4,119. – MalaysiaGazette