Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki ketika Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur. Foto SYADILA AMARI, 03 MEI 2024.

KUALA LUMPUR – UMNO akan menggerakkan jentera Bahagian daripada seluruh negeri Selangor dan negeri-negeri yang diterajui parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, parti itu memberi komitmen penuh untuk membantu calon Kerajaan Perpaduan yang diwakili Parti Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarakat MKT UMNO di Menara Dato Onn, di sini, hari ini.

Suasana ketika Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur. Foto SYADILA AMARI, 03 MEI 2024.

Selain itu, Asyraf Wajdi memberitahu, UMNO juga menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman yang dibuat Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai Disember 2024.

“Ini pastinya mampu menyantuni harapan dan aspirasi penjawat awam sejak sekian lama,” katanya.

Selain itu, beliau juga memaklumkan UMNO akan menyambut Ulang Tahun UMNO yang ke-78 pada 11 Mei 2024 yang akan diadakan serentak di seluruh negard melalui Badan Perhubungan UMNO Negeri-Negeri.

Katanya, Ibu Pejabat UMNO bersama Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan akan mengadakan Mails Solat Hajat, Bacaan Yaasin dan Doa Selamat bertempat di Dewan Tun Hussein. – MalaysiaGazette