Gambar hiasan

ARAB SAUDI – Kementerian Kesihatan Arab Saudi memberi amaran suhu permukaan di beberapa kawasan berbukit di Tanah Suci boleh mencecah sehingga 72 darjah Celsius, lapor Saudi Gazette

Justeru, kementerian itu mengingatkan jemaah haji supaya berwaspada dengan bahaya pendedahan kepada suhu yang tinggi itu.

Kementerian juga mengingatkan jemaah haji bahawa pendedahan kepada cahaya matahari untuk jangka masa lama boleh menimbulkan risiko besar kepada kesihatan.

“Ibadah haji musim ini dilaksanakan dalam keadaan suhu tinggi di Mekah, sekali gus menjadi kesukaran terbesar bakal dihadapi jemaah haji.

“Ia juga menggesa jemaah haji untuk mematuhi semua arahan dan nasihat kesihatan, dan mengelakkan keluar dan terdedah terus kepada sinaran matahari atau berjalan di atas atau menyentuh permukaan pada waktu puncak dari pukul 11 pagi hingga 3 petang,” kata laporan itu. – Agensi