KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat hari lahir kepada Presiden Indonesia Joko Widodo atau lebih dikenali dengan nama Jokowi.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut mengucapkan terima kasih atas dedikasi Jokowi dalam memperkukuh hubungan antara kedua-dua negara.
“Selamat Harlah kepada Presiden Joko Widodo. Terima kasih atas dedikasi Bapak dalam memperkukuh hubungan antara negara kita. Semoga Indonesia terus maju dan sukses,” katanya. – BERNAMA