Anwar, Srettha Lawat Rantau Panjang Dan Sungai Golok #MGFlash

Memetik berita Bernama, PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Thailand, Srettha Thavisin akan mengadakan lawatan kerja ke Rantau Panjang, Kelantan dan Sungai Golok, Narathiwat, Thailand hari ini.

Tujuan utama lawatan itu adalah untuk menilai kemajuan projek naik taraf jambatan menghubungkan Rantau Panjang-Sungai Golok, iaitu satu daripada inisiatif utama kesalinghubungan sempadan kedua-dua negara.