Sandra Lim

KUALA LUMPUR – Pentas akhir Miss Universe Malaysia 2024 menobatkan Sandra Lim sebagai juara yang bakal mewakili negara ke peringkat antarabangsa.

Sandra, 23, menepati pilihan ramai selepas konsisten menampilkan prestasi yang cukup memberangsangkan sejak awal pertandingan.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa daripada City University Malaysia (CityU) itu berjaya mengenepikan Gianna Tan dan Temara Inigo di tempat kedua dan ketiga.

Dia yang kini bergelar peragawati, pelakon dan hos, tidak asing dalam dunia ratu cantik apabila pernah bergelar Miss Global Malaysia 2022 dan merangkul gelaran naib juara di pertandingan peringkat antarabangsa Miss Global 2022.

Pemilik nama penuh Sandra Lim Shue Hui itu akan membawa nama Malaysia di Mexico pada November ini.

Sementara itu, kali terakhir wakil Malaysia yang berjaya bergelar semi finalis di pentas Miss Universe adalah pada tahun 1970 menerusi perwakilan Josephine Lena Wong. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast