KUALA LUMPUR – Kos hidup di Kuala Lumpur jauh lebih murah berbanding Singapura yang kekal sebagai bandar paling mahal di Asia.

Ia adalah tinjauan kos hidup oleh Economist Intelligence Unit, syarikat bersekutu Majalah The Economist.

Dalam tinjauan itu, Kuala Lumpur berada pada kedudukan ke-96 berkongsi dengan Bogota.

Kos hidup Singapura jauh lebih mahal dari New York yang menduduki di tangga kesembilan.

10 utama yang dikategori sebagai bandar paling mahal ialah Hong Kong, Zurich, Tokyo, Osaka, Seoul, Geneva dan Paris yang berkongsi tempat ketujuh, manakala Copehengan berada pada kedudukan sama dengan New York.

Tinjauan itu membandingkan harga-harga bagi 160 barangan dan perkhidmatan di 133 buah bandar di dunia – yang digunakan dalam kalangan pengurus untuk mengira pakej pampasan bagi penempatan luar negara.

“Didapati Singapura adalah 20 peratus lebih mahal dari New York dan 5.0 peratus mahal dari Hong Kong.

“Pemulihan stabil yen Jepun menyeabkan kos hidup di Osaka dan Tokyo meningkat,” kata tinjauan itu.

Asia kini menjadi ‘tuan rumah’ bagi lima daripada enam bandar paling mahal di dunia

Sebaliknya, kedudukan bandar-bandar Eropah menurun – berbanding lapan daripada 10 tempat pada sedekad lalu, kini hanya ada empat. – MalaysiaGazette