Pasukan penyelamat sedang memadam kebakaran di bangunan Pentagon selepas dirempuh pesawat pada 11 September 2011.

WASHINGTON – Gambar-gambar yang diambil selepas serangan 11 September 2001 telah muncul semula di laman web Biro Siasatan Persekutuan (FBI) selepas enam tahun ia┬áhilang.

Sebanyak 27 imej menunjukkan anggota bomba sedang memadam kebakaran serta pasukan pemulihan dan penyiasat berada di runtuhan-runtuhan itu.

Pesawat American Airlines 77, dalam perjalanan dari Virginia ke Los Angeles telah merempuh bangunan di Pentagon itu kira-kira 9.37 waktu tempatan.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat berkata, pesawat itu terhimpit antara tingkat pertama dan kedua Pentagon dan mengorbankan 184 orang.

Jurucakap FBI, Jillian Stickels berkata, gambar-gambar itu kali pertama dikeluarkan atas talian pada tahun 2011.

Katanya, masalah teknikal menyebaabkan gambar-gambar itu hilang daripada sistem sehingga kehilangan itu dikesan.

Dan, gambar-gambar itu dimuat naik semula selepas FBI mendapati ia hilang,” kata jurucakap itu. – MalaysiaGazette

 

Tinggalkan Jawapan