HONG KONG – Jodoh pelakon terkenal Hong Kong, Aaron Kwok hadir pada usia 51 tahun apabila dia menamatkan zaman bujangnya dengan seorang model iaitu Moka Fang.

Menurut laporan news.asiaone.com, perkahwinan secara tertutup itu diadakan di Swanky Peninsula, Hong Kong semalam, sambil dikawal ketat oleh pengawal keselamatan.

Aaron bagaimanapun mengedarkan beberapa foto perkahwinannya untuk tatapan peminat walaupun pihak media dihalang daripada membuat liputan majlis itu.

Aaron memilih sut daripada Tom Ford manakala Moka jelita dalam persalinan putih rekaan Georges Hobeika lengkap dengan barang kemas daripada Louis Vuitton High Jewellery.

Sebelum ini, Moka, 29, pernah memberi bayangan hari bahagianya apabila memuat naik foto sepasang kasut tinggi berwarna mereka di Instagram miliknya.

Peminat mula membuat spekulasi bahawa ia adalah kasut perkahwinan model itu dengan Aaron.

Antara selebriti yang dilihat menghadiri perkahwinan tertutup itu adalah Chingmy Yau. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan