Pasukan Pendayung PST KPT-UTHM bersama pasukan-pasukan pendayung dari universiti antarabangsa yang turut serta dalam kejohanan itu. Ihsan Foto: UTHM

NANJING – Pasukan Pusat Sukan Tumpuan (PST) Sukan Mendayung Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya raih pingat gangsa dalam Nanjing International Universities Rowing Regatta yang dianjurkan di Nanjing, China pada 13 and 14 April lalu.

Naib Canselor UTHM, Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim turut mengucapkan tahniah kepada pasukan itu kerana merangkul pingat pada edisi kali ini.

“Saya berharap UTHM akan terus mengungguli sukan mendayung bukan sahaja di peringkat nasional malah di peringkat antarabangsa.

“Ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan kerana ini menunjukkan bahawa UTHM mampu bersaing dengan pasukan-pasukan pendayung yang unggul daripada universiti antarabangsa,” katanya.

Pasukan Pendayung PST KPT-UTHM terdiri daripada: 

Coxswain:

  • Nurul Amirah (UTHM)

Rowers:

  • Chan Yu Xuan (UTHM)
  • Muhammad Nur Iman (UTHM)
  • Ahmad Faiz Zuhairee (UTHM)
  • Muhammad Hafizuddin (UTHM)
  • Ahmad Haziq (UTM)
  • Sheikh Ahmad Safwan (UTHM)
  • Muhammad Azhar Nabil (UTHM)
  • Muhammad Nurhadie (UniMAP)

Jurulatih: Mohamed Ridhwan Yaacob

Pegawai Pengiring:  Dr. Mohd Zulfadli Rozali (UTHM)

Kejohanan anjuran Deep Dive Co. Ltd dengan kerjasama Nanjing City dan China Rowing Association itu turut disertai oleh tujuh universiti lain seluruh dunia iaitu University of Oxford, University of Cambridge, Ateneo de Manila University, Philipines; Chulalongkorn University, Thailand; The University of Hong Kong dan Chinese Culture University Chinese Taipei. – MalaysiaGazette