Syed Saddiq Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegur Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana didakwa menyalahgunakan jentera kerajaan pusat.

Teguran oleh Ahli Parlimen Muar itu merujuk kepada Program Jualan Harapan Rakyat anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang memaparkan logo PH.

“Jangan ulangi kesilapan yang lepas. Jangan memperalatkan agensi kerajaan untuk kepentingan parti.

“Kenapa ada logo HARAPAN?” soal beliau di Twitter.

Program itu, berlangsung di pasar Bandar Baru Ampang yang menjual barangan keperluan pada harga yang rendah.

Syed Saddiq berkata, beliau akan membuat aduan mengenai perkara itu.

“Saya akan bangkitkan isu ini kepada pimpinan tertinggi kerajaan,” katanya. – MalaysiaGazette