PETALING JAYA – Calon Pas untuk kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) Seri Setia telah meletakkan jawatannya sebagai ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).

Dr Halimah Ali menerusi akaun Facebooknya memberitahu, beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya menerusi emel bertarikh 18 Ogos 2018.

“Saya telah emel surat perletakan jawatan sebagai ahli Lembaga Pengarah PPAS kepada PA Pengarah PPAS,” katanya.

Sebelum ini beliau menyuarakan pendiriannya yang tidak pernah bercadang untuk kekal sebagai ahli Lembaga Pengarah PPAS.

Reaksi itu dibuat selepas Penolong Setiausaha Pemuda Angkatan Muda Keadilan (AMK), Syed Badli Shah Syed Osman dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata Halimah perlu meletakkan jawatan setelah membuat keputusan bertanding sebagai pembangkang di negeri yang ditadbir oleh Pakatan Harapan itu. -MalaysiaGazette