Sistem MySST yang telah beroperasi sejak awal bulan Ogos ini akan diselenggara bermula jam 12 tengah malam sehingga 2 pagi setiap hari bagi tujuan pengemaskinian data-data di dalam sistem tersebut.
T. Subromaniam

KUALA LUMPUR – Sistem MySST yang telah beroperasi sejak awal bulan Ogos ini akan
diselenggara bermula jam 12 tengah malam sehingga 2 pagi setiap hari bagi tujuan pengemaskinian data-data di dalam sistem tersebut.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri T. Subromaniam berkata, sistem ini tidak boleh diakses buat sementara waktu bagi tempoh tersebut.

Sistem ini akan beroperasi seperti biasa pada waktu-waktu lain dan boleh digunakan untuk melakukan urusan pendaftaran dan sebagainya.

Sehubungan itu, para pengguna dinasihatkan untuk merancang waktu penggunaan sistem tersebut bagi tujuan pendaftaran, permohonan kemudahan pengecualian dan sebagainya bagi mengelakkan kesesakan atas talian. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan