Datin Hasnah Abdul Rahman bersama dua anaknya yang mengidap autisme iaitu Ahmad Ziqri (kanan) dan Aidel ketika ditemubual di Villa Orkid, Bukit Prima Pelangi, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
Datin Hasnah Abdul Rahman bersama dua anaknya yang mengidap autisme iaitu Ahmad Ziqri (kanan) dan Aidel ketika ditemubual di Villa Orkid, Bukit Prima Pelangi, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI

KUALA LUMPUR – Penahanan seorang lelaki kelainan upaya (OKU), Ahmad Ziqri Morshidi yang berusia 22 tahun selepas dakwaan cabul pada 11 September terus menjadi perhatian masyarakat umum khas netizen dengan pelbagai persepsi.

Walaupun perintah tahanan reman oleh pihak polis itu mendapat bantahan hakim  dan dilepaskan dengan jaminan polis namun kes itu terus menjadi bualan umum sehingga hari ini.

Penahanan serta permohonan reman empat hari oleh pihak berkuasa menyebabkan rata-rata netizen melahirkan rasa tidak puas hati dengan cara Ahmad Ziqri di tahan.

Tidak kurang juga yang melahirkan rasa simpati terhadap mangsa yang ternyata dalam keadaan trauma manakala ada pihak juga membela tindakan polis mengikut

Ahmad Ziqri merupakan seorang pesakit austisme didakwa meraba seorang gadis ketika sambutan hari jadi di sebuah restoran sehingga menyebabkan keluarga mangsa membuat laporan polis sebelum ditahan polis.

Ahmad Ziqri yang sebenarnya mempunyai kapasiti mental budak berumur 13 tahun itu terpaksa bermalam di lokap pada hari jadinya akibat kejadian terbabit.

Insiden itu bukan sahaja menyebabkan pelbagai pihak bersimpati malah Ahmad Ziqri sekeluarga turut berada dalam keadaan tidak menentu sejak kejadian tersebut malah begitu gusar menanti hari pendakwaan kes itu 19 September ini.

Ibu Ahmad Ziqri, Datin Hasnah Abdul Rahman berkata, sehingga hari ini Ahmad Ziqri tidak bercakap tentang perkara tersebut malah beliau tidak pasti seandainya anak lelakinya pasti apa yang sedang berlaku.

Pada hari kejadian, menurut Hasnah, beliau terpaksa memberitahu Ahmad Ziqri dirinya sedang melakonkan babak dalam drama ‘Gerak Khas’ yang merupakan minatnya.

Ahmad Ziqri dikatakan tidak menyedari dirinya ditahan sebaliknya memberikan ‘kerjasama’ dengan sangkaan dirinya sedang berlakon dalam Gerak Khas.

Ketika itu, Hasnah hilang akal dan tidak pasti apa yang perlu dilakukan olehnya kerana buntu untuk menangani perkara itu terutamanya mahu menjelaskan dengan kaedah terbaik kepada Ahmad Ziqri.

“Tentu sekali hati saya remuk dan sebak apatah lagi melihat anak saya diperlakukan seperti itu. Lagi-lagi apabila saya tahu apa yang berlaku di luar dugaan dan bukan salah sesiapa. Bayangkan dia tidur semalaman dalam lokap polis.

“Pada masa yang sama, saya juga bersimpati dengan mangsa dan sedar mereka tidak mengetahui keadaan sebenar anak istimewa saya, Ahmad Ziqri yang merupakan penghidap autisme.

“Sudah tentu bagi mereka, dia memiliki rupa paras yang amat normal dan apa yang dilakukan olehnya sesuatu yang tidak boleh di terima sama sekali, tapi sayangnya, anak saya itu anak ‘syurga’,” luahnya kepada MalaysiaGazette sebentar tadi.

Menurut Hasnah, rata-rata anggota masyarakat masih kurang memahami sindrom autisme kerana yang menghadapinya kelihatan normal seperti yang biasa dan ia hanya dapat disahkan oleh pakar perubatan serta keluarga terdekat.

“Oleh yang demikian, saya tidak menyalahkan pihak polis atau keluarga mangsa membuat laporan polis sehingga anak saya didakwa.

“Tetapi apa yang saya lebih kesalkan cuma satu, seandainya semua duduk sejenak dan dengar apa yang saya mahu katakan, mungkin cara anda kendalikan Ahmad Ziqri berlainan sedikit.

“Itu yang tidak berlaku sehingga menyebabkan rata-rata yang memahami keadaan serta keperitan saya sekeluarga juga bertindak menyokong serta mengkritik insiden itu, bukan kami tidak bersimpati atau tidak memahami serta mematuhi undang-undang,” jelasnya panjang lebar.

Ahmad Ziqri2

Beberapa netizen serta aktivis melahirkan rasa tidak senang dengan cara penahanan Ahmad Ziqri termasuk perintah tahanan reman oleh polis.

Pada mereka ianya boleh dikendalikan dengan cara lain dan lebih ‘berperikemanusian’.

Menurut aktivis serta artis tempatan, Thila Laxman yang menulis pada laman sosial Facebook beliau, dirinya hilang kata-kata dengan kenyataan dikeluarkan oleh segelintir orang yang dilihat seolah-olah tidak memahami apa yang dilalui oleh keluarga Ahmad Ziqri.

“Kami bukan marah kepada pihak berkuasa terutamanya Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sebaliknya mahu sedikit pemahamaan tentang apakah jenis perasaan yang dilalui oleh golongan yang memiliki pesakit autism.

“Bayangkan trauma yang bakal dilalui oleh keluarga ini seandainya pesakit ini terpaksa ditahan dalam penjara semalaman? Adakah dia akan faham apa yang sedang berlaku? Dengan rutin harian yang tidak dapat di ikuti selain daripada kekangan berbual atau bercakap seperti insan normal yang lain?

“Marilah kita bersama-sama melahirkan dan memberi kesedaran dengan lebih mendalam agar dapat mengekang insiden sebegini pada masa hadapan,” luahnya.

Wartawan bebas, Syahril A Kadir pula melahirkan rasa tidak puas hati beliau apabila ada segelintir pihak yang bertindak memaki hamun tindakan polis terhadap Ahmad Ziqri.

“Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mencari penyelsaian terbaik tentang perkara ini terutamanya dari segi perundangan, proses, prosedurnya seperti tangkap, kawad cam dan membawa ke mahkamah.

“PDRM hanya bertindak demikian mengikut prosedur operasi standard (SOP), polis kuatkuasa undang-undang bukan gubal undang-undang itu,” tegasnya.

MalaysiaGazette yang pernah menemuramah Hasnah juga didedahkan dengan nasib seorang lagi anaknya yang berusia 17 tahun, Aidel Rahman. Remaja itu merupakan penghidap Asperger satu spectrum yang kadangkala dikategorikan sebagai ‘mild austime’.

– Malaysia GazetteKempen kesedaran untuk AHmad Ziqri

Baca Selanjutnya:

Kalaulah komuniti ambil peduli, Ziqri tidak perlu masuk lokap

Penahanan remaja autisme ikut SOP

1 Komen

  1. Mmg patut dimaki pdrm ni.. Kalu ikut sop pon, there can always be a first case dimana org yg paling berkuasa kat balai usj8 menggunakan budi bicara dan kuasanya memohon agar budak ziqri tu tidak di gari dan menggunakan kaedah lain seperti ditahan di rumah dibawah pengawasan rapi seorang pegawai bertugas. Nk jadi negara maju konon..sop pihak berkuasa pon kelam kabut je..part ni ikut sop, part kat bukit bintang tu dgn bapak ayam bebas bagi call card di tepi2 kaki lima jual pelacur, tonto jaga parking haram sewenang2nya pau org yg parking dipetak parking awam dan bnyk lagi issue yg terang2an salah, bole plak pihak pdrm tutup sebelah mata..pi dah!

Tinggalkan Jawapan