KUALA LUMPUR – Tangkapan ke atas seorang remaja autisme oleh polis bertujuan bagi membantu siasatan berhubung kes cabul ke atas seorang gadis dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, remaja berusia tahun itu ditahan selepas laporan polis dibuat oleh mangsa pada 11 September lalu.

Dalam kenyataan di sini, beliau berkata, tangkapan itu dibuat oleh anggota cawangan Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak selepas pengecaman oleh mangsa bersama saksi yang berada di tempat kejadian.

Jelas beliau, penahanan suspek untuk siasatan dan memberi keadilan kepada kedua-dua pihak.

“Polis percaya tindakan yang diambil dalam melaksanakan siasatan kes ini berdasarkan SOP bertindak mengikut batas undang-undang yang sedang berkuat kuasa,” katanya sambil memberitahu pihaknya akan memberi keutamaan terhadap kes ini dan siasatan akan diselesaikan dalam masa terdekat.

“Keputusan siasatan akan diambil berdasarkan kewajaran hak kepada mangsa dan tertuduh,” katanya lagi.

Beliau mengulas penahanan pemuda autisme yang menjadi viral dan menerima maklum balas negatif oleh netizen terutama pertubuhan bukan kerajaan yang berkaitan autisme.

Mereka mempertikaikan tindakan polis menahan pemuda autisme tersebut.

Polis sebelum ini telah membuat permohonan reman untuk soal siasat pemuda terbabit tetapi ditolak mahkamah.

Peristiwa itu berlaku semasa keluarga remaja berkenaan membawa beliau keluar makan di sebuah restoran sempena menyambutnya pada malam kejadian. – MalaysiaGazette