Komposer Terkenal Pak Ngah Meninggal Dunia | Edisi MG 25 September 2018

Komposer yang terkenal dengan lagu irama Malaysia, Pak Ngah meninggal dunia di Batam, Indonesia pukul 3.05 petang tadi seperti dimaklumkan oleh individu yang dikenali Megat namun ahli keluarga belum lagi mengeluarkan kenyataan rasmi.

Beberapa artis tempatan seperti Shiha Zikir juga memuatnaik pos di Instagram mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham Pak Ngah yang dikatakan meninggal dunia akibat kompilasi.

Pak Ngah atau nama sebenarnya, Datuk Suhaimi Mohd. Zain yang Karyanya bukan sahaja dialunkan oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza tetapi juga penyanyi-penyanyi irama tradisional dan etnik lain termasuk Noraniza Idris, Syura dan Zehra Zambri.