Lewis Hamilton bersama Toto Wolff akui belum selesa dengan 40 mata mendahului Ferrari dalam perlumbaan F1 setakat ini.

RUSIA – Mercedes mendakwa pasukan itu belum boleh selesa menghadapi Grand Prix Rusia dengan kelebihan 40 mata berbanding Ferrari.

Hamilton menang tiga daripada empat perlumbaan terakhir meninggalkan Ferrari dan Sebastian Vettel mengejar enam perlumbaan berbaki 150 mata penuh.

“Adalah lebih baik mendahului perlumbaan daripada ketinggalan belakang, namun masih ada beberapa mata penting untuk dikutip kelak,” kata Pengurus Mercedes Toto Wolff.

Katanya, Mercedes gembira untuk bersaing dalam baki enam perlumbaan Formula Satu dalam kalender F1 musim ini.

“Kami sekarang memberi fokus secara serius dalam setiap sesi ujian pemanduan yang ada dan cuba untuk menang setiap pusingan itu.

“Kita juga ada rekod terbaik di Sochi tetapi sedar bahawa pencabar terkuat kami Ferrari dan Red Bull akan mencuba segala yang ada untuk menghalang kemenangan kami.

“Jadi kami harus berusaha habis habis untuk membawa pulang mata penuh dalam enam perlumbaan terakhir musim ini.

“Dengan perlumbaan dijangkakan September ini, kami mengambil kira keadaan cuaca di atas litar seperti pada tahun 2014 dan 2015 yang mana GP Rusia diadakan awal Oktober,” kata Wolff.

Wolff berkata pihaknya tidak mempunyai data dari peraturan semasa yang perlu dipatuhi setiap kereta lumba dalam situasi sebegini di Sochi yang menambah ujian getir ke arah perlumbaan itu untuk Mercedes,” tegasnya.- MalaysiaGazette