Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman 13 kontraktor bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu melibatkan program sukan tiga tahun lalu.

JOHOR BAHRU – Seorang suri rumah yang merupakan saksi penting bagi dua kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan di pejabat SPRM di sini hari ini, kerana didapati memberi keterangan bercanggah di mahkamah.

Mengikut sumber, suspek yang berumur 34 tahun itu ditahan pada pukul 10.50 pagi tadi.

Suspek dikatakan telah memberikan keterangan yang bercanggah dengan keterangannya yang dirakamkan sebelum ini berhubung siasatan dua kes di bawah Seksyen 30(3)(b) Akta SPRM 2009 yang melibatkan salahlaku dan penyelewengan membabitkan pegawai di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor.

Berikutan itu, suspek disiasat mengikut Seksyen 27 (1)(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 kerana telah membuat pernyataan palsu atau dimaksudkan bagi mengelirukan  pegawai suruhanjaya atau pendakwa raya.

Jika disabit dengan kesalahan, suspek boleh dihukum denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut bagi membantu siasatan.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan