John Terry. foto Agensi

LONDON – Bekas kapten Chelsea, John Terry akan kembali ke Stamford Bridge sebagai jurulatih selepas ditawarkan jawatan itu oleh Pengurus Maurizio Sarri.

Sebelum ini, tonggak pertahanan itu dikatakan akan menyertai kelab Rusia selepas kontraknya bersama Aston Villa tamat pada musim panas ini.

Terry,37, adalah pemain akademi Chelsea dan menghabiskan masa selama dua dekad bersama skuad utama.

Jawatannya sebagai jurulatih berperanan membantu melahirkan pemain muda pasukan itu dalam masa terdekat.

Menurut The Sun, Terry mengikat kontrak bernilai 800,000 pound sterling setahun untuk mengemudi skuad bawah 23 tahun Chelsea.

Terry akan menggantikan bekas rakan pasukannya, Jody Morris yang meletak jawatan untuk mengikut Frank Lampard ke Derby County.

Sarri dipercayai menjadi watak utama membawa masuk Terry dan meyakinkannya untuk kembali ke Stamford Bridge. – MalaysiaGazette