TERKINI : Kali ke3! Rosmah Beri Keterangan di SPRM

20
0

Rosmah yang tiba kira-kira 10.45 pagi tadi dipanggil ke badan itu untuk dirakam keterangan berhubung skandal SRC International Sdn Bhd.

Terdahulu Rosmah yang berpakaian kurung berwarna hijau kelihatan menaiki kenderaan Proton Perdana berwarna hitam sebelum dibawa masuk pegawai SPRM untuk dirakam keterangan.

Rosmah yang diiringi peguamnya, K Kumaraendran kelihatan tersenyum dan sempat beramah mesra dengan petugas ketika dibawa masuk ke agensi anti rasuah itu.

Laporan media sebelum ini turut melaporkan Rosmah dijangka berdepan lebih 20 pertuduhan jenayah, kebanyakannya membabitkan pengubahan wang haram.

Tinggalkan Jawapan