Seorang bekas kerani firma guaman didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 138 pertuduhan membabitkan pecah amanah lebih RM100,000 sejak 2012 hingga 2015.
Gambar hiasan

THE HAGUE – Mahkamah Dunia mengarahkan Amerika Syarikat memastikan sekatan yang dikenakan ke atas Tehran mulai bulan depan tidak menjejaskan bantuan kemanusiaan atau keselamatan penerbangan awam.

Keputusan Hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang dilihat memberikan kemenangan kecil kepada Teheran mengatakan sekatan yang dikenakan sejak Mei oleh pentadbiran Presiden Amerika Syarikat melanggar syarat Perjanjian Persahabatan 1955 antara kedua negara.

Iran mengatakan keputusan Mahkamah Dunia membuktikan sekatan Amerika Syarikat adalah kejam.

Tetapi Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo menolak keputusan itu.

Beliau berkata, mahkamah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang sering disebut “Mahkamah Dunia”, tidak mempunyai bidang kuasa terhadap sekatan yang disifatkan untuk kepentingan keselamatan Amerika Syarikat dan Washington akan menamatkan perjanjian kecil dengan Iran.

“Ini keputusan terus terang selepas 39 tahun tertangguh,” kata Pompeo pada sidang akhbar.

“Iran menyalahgunakan ICJ untuk tujuan politik dan propaganda dan kes mereka, seperti yang anda dapat lihat dari keputusan itu, tidak mempunyai merit.”

Pompeo berkata, Amerika Syarikat telah mengambil langkah untuk memastikan bahawa sekatan yang akan diperketat bulan depan, tidak memberi kesan kepada bantuan kemanusiaan – tanpa mengira keputusan mahkamah. – MalaysiaGazette