Isa Samad
Calon Bebas, Tan Sri Isa Samad berbual mesra dengan penduduk kampung semasa mengedarkan risalah pengenalan calon sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson di Pasar Malam Kampung Jawa, Port Dickson, Negeri Sembilan. foto FAREEZ FADZIL, 05 OKTOBER 2018

PORT DICKSON – Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mempersoalkan kewajaran disebalik tindakan Bersih 2.0 yang meminta semua calon Pilihan Raya Kecil (PRK)Parlimen Port Dickson menandatangani ikrar menyokong pilihan raya yang bersih dan adil.

Calon bebas itu berkata, sepanjang pengalaman beliau bertanding dalam pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah satu-satunya pihak berkuasa yang sah.

Bagi beliau, Bersih 2.0 hanyalah sebuah badan bukan kerajaan tetapi tidak mempunyai masalah untuk menandatangani ikrar seperti yang diharapkan organisasi itu.

“Saya tidak tahu sah di sisi undang undang atau tidak status NGO itu, tetapi sepanjang saya bertanding saya tahu SPR satu satunya badan berkuasa (pilihan raya) yang sah, saya tak ada masalah sign atau tidak.. kita ada SPR, kuasa yang sah ialah SPR.

“Dia itu (Bersih 2.0) NGO sahaja.. dia ini macam berkelakuan seperti bersih je..sedangkan Bersih dulu lain sekarang lain ataupun orangnya masih sama?.

“Saya pun tak puas hati.. sebab dia patut pergi periksa dulu calon yang masuk kem tentera berucap dan menggunakan jentera kerajaan..jangan setakat mengambil tompok itu dan tompok ini sahaja,” katanya ketika ditemui berkempen mendekati pengundi di Pasar Malam Kampung Jawa Bukit Pelanduk, di sini.

Beliau secara kebetulan bertembung dan bersalam dengan calon Pas, Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazri Mukhtar yang turut turun berkempen di lokasi sama.

Ditanya apakah beliau akan menandatangani ikrar itu memandangkan calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah berikrar menyokong kehendak Bersih 2.0, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata: “Sign pun boleh tak sign pun boleh..biar adil.. hari itu dia kata tak nak guna jentera kerajaan, biar bersih dan telus..

“Tapi dia yang masuk kem tentera itu macam mana? Guna jentera kerajaan dan kereta kerajaan pula..ini berputar putar cakap kan.. takleh pakailah dia ini (dipercayai merujuk Anwar),” katanya.- MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan