Mereka direman untuk membantu siasatan kes penyelewengan dana PRU14.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman seorang broker jualan kenderaan bergelar ‘Datuk Indera’ bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan projek kerajaan bernilai jutaan ringgit.

Majistret Mahkamah Putrajaya, Shah Wira Abdul Halim membenarkan suspek lelaki berusia 40 tahun itu direman selama enam hari hingga 8 Oktober ini selepas SPRM membuat permohonan tersebut pada Rabu lalu.

Sumber berkata, suspek berusia 40 tahun itu dipercayai proksi kepada seorang Ahli Parlimen yang telah ditahan SPRM baru-baru ini.

Lelaki berkenaan berperanan sebagai ‘runner’ dalam urusan perpindahan wang rasuah membabitkan syarikat kontraktor.

Difahamkan, siasatan SPRM ketika ini dibuat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Penahanan terbaharu itu  menjadikan empat individu telah direman sejak 26 September lalu termasuk Ahli Parlimen tersebut berhubung kes sama. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan