Penyanyi, Wany Hasrita memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-31 (ABPBH31), beliau juga turut membawa pulang Anugerah Kategori Penyanyi Wanita Popular pada Malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-31 (ABPBH31) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto AFIQ RAZALI, 07 OKTOBER 2018.

PUTRAJAYA – Penyanyi Wany Hasrita membuat kejutan apabila diumumkan sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH Ke-31 (ABPBH31) di sini malam tadi.

Wany, 25, dipilih menerusi undian tertinggi kategori Penyanyi Wanita Popular dengan jumlah 2,052,997.

Dia yang mula popular dengan lagu Menahan Rindu berjaya mengenepikan pencabar pilihan ramai iaitu Khai Bahar selain mengecewakan pemenang tahun lalu, Fattah Amin.

Kemenangan itu membolehkan Wany yang merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Perubatan dari Universiti Pengurusan dan Sains (MSU), Shah Alam membawa pulang hadiah utama, kereta Citroen C4 Picasso L2 bernilai kira-kira RM125,000 berserta trofi.

Sebelum itu, Wany mengungguli kategori Penyanyi Wanita Popular menewaskan pemenang edisi lalu, Siti Nordiana.

Sementara itu, Khai terus cemerlang mempertahankan trofi Penyanyi Lelaki Popular manakala Fattah yang kembali diangkat peminat sebagai Pelakon TV Lelaki Popular mengetepikan pencabar terdekatnya, Syafiq Kyle.

Bintang filem Hantu Kak Limah, Zul Ariffin pula mempertahankan trofi Pelakon Filem Lelaki Popular sekali gus mengecewakan saingan hebat, Syamsul Yusof.

ABPBH 31 juga menyaksikan kehebatan Neelofa apabila buat kali kelima mengungguli trofi Pengacara TV Popular menewaskan Mira Filzah dan Sherry Alhadad.

Dalam pada itu, ABPBH31 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya itu
turut mengiktiraf pelakon dan penyanyi, Noor Kumalasari untuk menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat.

Dia yang juga model mencipta nama menerusi deretan filem hebat antaranya Menanti Hari Esok, Tiada Esok Bagimu, Esok Untuk Siapa dan Bayangan Maut.

Noor, 62, yang digelar sebagai Bintang Air Mata pernah merakamkan 10 album solo dan popular menerusi lagu antaranya Mata, Lagu Dari Kamar, Hati Seorang Kekasih serta Pulang Di Hari Raya membawa pulang barangan kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM20,000 dan trofi.

SENARAI PEMENANG ABPBH 31

Kategori Utama

Bintang Paling Popular: Wany Hasrita

Artis Baharu Lelaki Popular: Fendy Bakry

Artis Baharu Wanita Popular: Farah Nabilah

Pelakon TV Lelaki Popular: Fattah Amin

Pelakon TV Wanita Popular: Nur Fazura

Pelakon Filem Lelaki Popular: Zul Ariffin

Pelakon Filem Wanita Popular: Emma Maembong

Penyanyi Lelaki Popular: Khai Bahar

Penyanyi Wanita Popular: Wany Hasrita

Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular: Syamel & Ernie Zakri

Artis Komedi Popular: Zizan Razak

Artis Versatil Popular: Alif Satar

Pengacara TV Popular: Neelofa

Penyampai Radio Popular: Haziq (Hot FM)

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Noor Kumalasari

Kategori Online

Gandingan Serasi Drama Popular: Fattah Amin & Nur Fazura

Gandingan Serasi Filem Popular: Zul Ariffin & Nur Fazura

Artis Sensasi Popular: Neelofa

Instafamous Cilik Popular: Arif Jiwa

Personaliti Media Sosial Popular: Fatimah Omar Mukhlis

  • MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan