Anthony Loke
Anthony Loke

KUALA LUMPUR – Pimpinan DAP memutuskan wakil rakyat dan ahli majlis mewakili parti itu tidak akan menerima sebarang anugerah atau gelaran sepanjang mereka berkhidmat dalam politik.

Keputusan itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP semalam.

Bagaimanapun, menurut Ketua Parlimen DAP dan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke, mereka hanya boleh menerima pingat selepas bersara daripada perkhidmatan politik.

“Oleh itu, CEC ingin menegur pemimpin DAP yang menafikan dan mendakwa tidak tahu tentang pendirian parti sejak sedekad lalu.

“Pemimpin yang cuba memberikan alasan untuk menerima anugerah tanpa memaklumkan atau menunggu arahan daripada kepimpinan parti akan dilihat sebagai tidak menghormati parti.

“Apa jua tawaran anugerah dan gelaran harus dirujuk kepada kepimpinan pusat DAP,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sebelum itu, beberapa pemimpin DAP ditawarkan anugerah termasuk Pengerusi DAP Melaka, Tan Kok Kiew, Timbalan Speaker DUN Melaka, Wong Fort Pin, Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong, Naib Pengerusi DAP Sabah, Frankie Poon dan Ahli Dewan Undangan Sri Tanjung, Jimmy Wong.- MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan