Mahathir
Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual akan membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) pada petang esok.

Pembentangan itu berlangsung pada pukul 4 petang.

Ia merupakan pembentangan pertama kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang melibatkan dasar pembangunan negara.

Sebelum ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pembentangan kajian itu penting bagi memberi penjelasan hala tuju negara berdasarkan janji manisfesto dan polisi-polisi baharu Pakatan Harapan.

RMK-11 adalah rancangan pembangunan lima tahun yang bermula pada 2016 sehingga 2020. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan