Ahmad Zahid Hamidi
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dipeluk oleh seorang penyokongnya ketika menemui orang ramai yang menunggu beliau yang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini. foto SYAFIQ AMBAK, 19 OKTOBER 2018

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri DrAhmad Zahid Hamidi selesai membayar ikat jamin berjumlah RM1 juta, meninggalkan perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta kira-kira jam 12.45 tengah hari tadi.

Beliau kemudian menuju ke luar kompleks mahkamah itu untuk berjumpa dengan para penyokong diluar pagar kompleks mahkamah.

Beliau dikawal ketat pihak polis kemudian menuju ke masjid berdekatan bersama penyokong untuk menunaikan solat Jumaat.

MGF19102018_ZAHID KE MAHKAMAH36

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melambai tangan kepada para penyokong selepas selesai menghadapi pertudujan di Mhkamah Sesyen di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta. foto SYAFIQ AMBAK, 19 OKTOBER 2018Mahkamah Sesyen di sini menetapkan ikat jamin RM2 juta ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang menghadapi 45 pertuduhan pengubahan wang haram, rasuah dan pecah amanah.

Zahid yang ditahan semalaman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mengambil masa 55 minit untuk berdiri mendengar semua pertuduhan itu dibacakan kepadanya.

Beliau mengaku tidak bersalah terhadap 10 pertuduhan pecah amanah dengan jumlah tertinggi RM17 juta, di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan, serta 8 lagi pertuduhan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 kerana menerima rasuah bagi pelbagai projek ketika menjadi menteri dalam negeri.

Baki 27 pertuduhan lagi berkaitan pengubahan wang haram yang berjumlah RM72 juta, di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Hakim, Azura Alwi membenarkan Zahid membayar RM1 juta hari ini, manakala baki diselesaikan sebelum 26 Oktober ini. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan