Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman

RIYAH – Pegawai timggi Amerika Syarikat telah mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman meskipun ketegangan meningkat susulan peraanan Riyadh dalam kes pembunuhan Jamal Khashoggi.

Setiausaha Perbendaharaan, Steven Mnuchin bertemu Mohammed pada hari Isnin.

Kehilangan Khashoggi menjadi tumpuan dunia selepas beliau dilaporkan tidak keluar selepas memasuki bangunan Konsulat di Istanbul pada 2 Oktober lalu.

Awalnya, Arab Saudi menafikan penglibatannya dalam kes kehilangan wartawan terkemuka itu.

Namun, pada Jumaat lalu, negara itu akhirnya mengesahkan Khashoggi dibunuh dalam konsulat tersebut.

Sementara itu, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, beliau akan mendedahkan tentang ‘kebenaran’ di Parlimen pada hari Selasa. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan