Kemasukan bekas pemimpin UMNO dalam parti komponen PH menimbulkan rasa kurang senang pemimpin akar umbi PKR.
Kemasukan bekas pemimpin UMNO dalam parti komponen PH menimbulkan rasa kurang senang pemimpin akar umbi PKR.

KUALA LUMPUR – Sikap baik hati pucuk pimpinan Pakatan Harapan (PH) menerima keahlian baharu dari bekas pemimpin dan ahli UMNO menimbulkan rasa kurang senang segelintir pemimpin akar umbi PKR.

Mereka menyifatkan, penyertaan bekas pemimpin UMNO itu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengundang sedikit kebingitan oleh semula lapisan kepimpinan parti.

“Isu bekas UMNO menyertai PH, ia sedikit mengundang bingit semua lapisan, pemimpin mahu pun pendokong parti. Alasannya mudah. Mereka adalah lawan kita sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu. Lima bulan dulu, bukan lama sangat pun lagi.

“Kita boleh kata sesetengah mereka adalah dari bani UMNO yang baik? Tetapi alasan itu adalah terlalu bodoh dan karut,” kata seorang pemimpin akar umbi PKR Kelantan, Mohd Sukirman Mustafa dalam kenyataan yang dimuatnaik menerusi akaun Facebooknya, hari ini.

Mohd Sukirman berkata, jika UMNO dan Barisan Nasional (BN) masih berkuasa adakah mereka akan bersama dengan parti komponen PH?

“Saya konsisten bersama beberapa pimpinan yang turut menentang kemasukan bani UMNO ini ke dalam PKR.

“Samalah juga bekasan bani UMNO yang dikatakan ‘baik’ ini menyertai PKR dan bertanding di peringkat cabang, ada si kitul yang memainkan peranan.

“Saya percaya mereka yang berkuasa mendapat maklumat yang salah,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan