ringgitHarga saham di Bursa Malaysia tinggi semasa dibuka hari ini, didorong beberapa sokongan belian dalam saham wajaran tinggi terpilih walaupun pasaran saham Asia mencatatkan prestasi bercampur-campur.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Saham di Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi hari ini, dengan minat belian dalam kaunter utama terpilih, menyusuli prestasi semalaman yang lebih baik di Wall Street.

Pada 9.04 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 7.25 mata pada 1,693.19 daripada 1,683.73 penutup semalam.

Indeks itu dibuka 5.45 mata lebih tinggi pada 1,691.39. – MalaysiaGazette