Dua anggota polis bantuan, Abdul Hamid Karim (kanan) Mohamad Izzat Jaafar (kiri) dilihat tekun menonton pengumuman bajet 2019 oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 02 NOVEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan akan menerajui Pasukan Petugas Khas untuk menilai peranan dan fungsi badan berkanun dan syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

Menterinya, Lim Guan Eng berkata, ini bagi mengurangkan pertindihan fungsi serta mengelakkan kerajaan bersaing secara langsung dengan pihak swasta.

Kerajaan akan menumpukan perbelanjaan dan pelaburan ke dalam sektor-sektor strategik di mana pasaran terbuka dan pihak swasta tidak berminat atau tidak dapat memenuhi keperluan rakyat.

Jelas Guan Eng, sektor swasta akan menyumbang kepakaran, kualiti perkhidmatan dan pelaksanaan sementara kerajaan pula akan menyumbang kapasiti, sumber dan infrastruktur sedia ada.

“Sebagai contoh, institusi latihan TVET boleh menawarkan kursus-kursus yang dikendalikan oleh pihak swasta supaya ia memenuhi keperluan industri.

“Kerajaan pula boleh menawarkan infrastruktur sedia ada yang jarang digunakan sebagai prasarana yang boleh dikongsi.

“Konsep ini juga boleh diaplikasikan untuk Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara bagi mengurangkan kerajaan,”katanya semasa membentangkan Belanjawan 2019 di Parlimen hari ini. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan