Arsene Wenger
Arsene Wenger

LONDON – Bekas pengendali Arsenal, Arsene Wenger dijangka menyertai kelab AC Milan dalam masa terdekat.

Beberapa portal media Perancis melaporkan, Wenger telah mengadakan perbincangan dengan kelab Itali itu sejak beberapa minggu lepas.

Langkah tersebut adalah bagi menggantikan Gennaro Gattuso ekoran prestasi kurang memberangsangkan sejak awal musim ini.

Milan memulakan musim ini dengan agak perlahan apabila hanya berada di kedudukan keempat Serie A.

Namun, pihak pengurusan tertinggi mahukan sesuatu yang lebih baik selepas melabur sejumlah 130 juta pound bagi persiapan pasukan berkenaan musim ini.

Dalam pada itu, portal France Football melaporkan, pelabur dari Amerika Elliott Management Corporation yang kini merupakan pemilik AC Milan, Paul dan Gordon Singer berminat untuk mendapatkan Wenger dan telah memulakan perbincangan.

Menurut laporan tersebut, Wenger dilapor akan mendapatkan kebebasan untuk mengawal bahagian perpindahan dan mungkin akan diumumkan sebagai ‘bos’ baharu dalam tempoh terdekat ini.

Sekiranya benar, Wenger bakal kembali bergandingan dengan Ivan Gazidis yang meninggalkan Arsenal pada September lepas untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Milan yang baharu. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan