Semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini diminta mengadakan solat hajat bagi mendoakan agar anggota mereka, Wan Mohd Arif Wan Yahya, yang dikhuatiri lemas dan hilang di Sungai Paka dekat Kampung Durian Mentangau, Dungun, Jumaat lepas ditemui.

JITRA – Tiga pelajar perempuan dari Asrama Akhlak Perempuan, Jitra dekat Kubang Pasu dilapor melarikan diri dari asrama itu pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Mohd Ismail Ibrahim berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.00 pagi dan disedari pembantu kebajikan masyarakat selepas menerima aduan daripada penghuni lain pada pukul 1.17 pagi.

“Semasa kejadian, pengadu bersama seorang lagi rakannya menerima aduan daripada penghuni lain yang memaklumkan terdapat tujuh penghuni telah melarikan diri dengan memecahkan siling bumbung tandas asrama berkenaan.

“Selepas membuat pemeriksaan, pengadu menemui semula empat penghuni itu berhampiran asrama manakala tiga lagi penghuni yang semuanya berumur 16 tahun masih belum ditemui,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Ismail berkata mereka dipercayai meloloskan diri melalui laluan pagar dawai berduri di asrama itu berikutan terdapat kesan kerosakan pagar berkenaan.

Beliau berkata sehingga kini belum ada tangkapan dibuat dan usaha mengesan kesemua suspek sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Sekyen 224 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan