Foto Facebook The Royal Press.

KUALA LUMPUR – Anakanda Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim hari ini berkenan melawat pelakon veteran dan pelawak, Zaibo di kediamannya di Rengit, Batu Pahat di Johor.

Zaibo atau nama sebenarnya, Zainal Ariffin Abdul Hamid, 62 tahun kini sedang bertarung dengan kanser esofagus sejak September lalu.

Menurut Laman Facebook The Royal Press, Tunku Aminah memutuskan untuk menziarah selepas membaca kisah pelakon dan pelawak itu di dalam akhbar bagi memberikan kata-kata semangat dalam memperjuangkan penyakit yang ditakuti.

Abang Tunku Tun Aminah, Almarhum Tunku Jalil Ibni Sultan Ibrahim, juga merupakan pesakit kanser dan meninggal pada 5 Disember 2015 lalu.

Beliau juga memainkan peranan kecil pada tahun 1999 Filem Hollywood Anna and the King.

Zaibo menjadi terkenal kerana berlakon sebagai penjual mee rebus bernama Yusof pada tahun 1990-an sitkom Singapura ‘Under One Roof,’ yang pertama kali disiarkan pada tahun 1995.

Beliau berhenti berlakon dua tahun lalu.

Tunku Aminah juga turut berkongsi bahawa pernah menonton sitkom Under One Roof yang dilakonkan pelakon itu.

“Saya pernah menonton ‘Under One Roof’ semasa membesar. Saya memberitahu suami saya betapa lucu anda dan menunjukkan kepadanya video anda,” kata Tunku Tun Aminah ketika melawatnya.

Lawatan diraja itu memberi sedikit kecerian kepada pelakon itu.

Turut hadir adalah suaminya, Dennis Muhammad Abdullah serta wakil-wakil dari Yayasan Kanser Laksamana Johor yang turut memberi sokongan moral mereka.

Sementara itu, Zaibo turut mengucapkan terima kasih dengan kunjungan daripada Tunku Tun Aminah.

“Saya sangat berterima kasih dan menjunjung kasih atas keprihatinan Tunku Tun Aminah, suami dan seluruh keluarga Sultan Ibrahim. Berkat kunjungan baginda, saya mendapat perhatian daripada banyak pihak dari seluruh Johor.

“Sokongan moral ini amat bermakna kepada saya seisi keluarga,” katanya. – MalaysiaGazette