TERKINI : Rosmah, Tengku Adnan dan Rizal Mansor dihadap ke Mahkamah Hari Ini

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tiba di Kompleks Mahkamah di Jalan Duta kira kira pukul 2 petang untuk sebutan pendakwaan kes berhubung penjualan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama seorang ahli perniagaan, Datuk Tan Eng Boon. Walaubagaimanapun Datuk Tan Eng Boon tidak kelihatan memasuki kompleks mahkamah bersama beliau.

5 minit selepas Datuk Seri Tengku Adnan Mansor tiba, Datin Seri Rosmah Mansor pula tiba di perkarangan kompleks mahkamah memakai baju kurung rona hijau pucuk pisang terang ditemani bekas Perdana Menteri yang juga suami beliau, Datuk Seri Najib Razak untuk dibacakan pendakwaan berkenaan kes membabitkan penyelewengan dalam projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah-sekolah di Sarawak.

Turut didakwa atas tuduhan yang sama ialah bekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, iaitu Datuk Rizal Mansor yang tiba kira kira pukul 2.10 petang.