LOS ANGELES – Penulis skrip lakon layar terkenal era 70-an dan 80-an, William Goldman meninggal dunia akibat radang paru-paru hari ini.

Agensi melaporkan, beliau yang terkenal dengan drama Butch Cassidy And The Sundance Kid itu sudah mula mengalami masalah kesihatan sejak beberapa tahun keebelakangan ini.

Menurut keluarga Goldman melalui kenyataan mengesahkan beliau meninggal dunia di samping keluarga dan sahabat terdekat di kediamannya di New York City.

Goldman, 87, juga pernah memenangi Anugerah Oscar sebelum menang anugerah lain selepas itu.

Beliau yang merupakan bekas tentera kemudian mula menceburi bidang penulisan secara sambilan sebelum penulisannya mendapat perhatian.

Sekali lagi pada tahun 1977, Goldman sekali lagi memenangi Anugerah Oscar menerusi filem seram mengenai Watergate, bertajuk ‘All the President’s Me’. –MalaysiaGazette