Pemandu kereta merempuh penunjuk perasaan di Perancis. foto Reuters

PARIS – Seorang penunjuk perasaan maut dan lebih daripada 200 orang selepas bersama-sama 280,000 orang melakukan protes kenaikan harga minyak.

Penduduk Perancis mendakwa Presiden Emmanuel Macron telah membebankan golongan berpendapatan kecil dengan menaikkan harga minyak.

Mereka kini menuntut Macron melepaskan jawatan.

Awal minggu ini, Macron mengakui beliau gagal untuk ‘mendamaikan’ penduduk Perancis dengan pemimpin.

Harga diesel, bahan bakar yang paling banyak digunakan bagi kenderaan di Perancis, meningkat sekitar 23 peratus dalam tempoh 12 bulan terakhir kepada purata 1.51 euro atau AS$1.1 seliter.

Ia merupakan paras tertinggi sejak awal tahun 2000.

Harga minyak dunia meningkat sebelum jatuh semula tetapi kerajaan Macron menaikkan cukai hidrokarbonnya tahun ini sebanyak AS$0.7.6 seliter bagi diesel dan AS$3.9 sen untuk petrol.

Tetapi, beliau menyalahkan pembangkang yang menghalang program pembaharuan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Tunjuk perasaan itu diadakan di seluruh Perancis, kata Menteri Dalam Negeri.

Setakat ini, 227 orang dilaporkan cedera dengan tujuh orang dilaporkan serius manakala 52 lagi ditahan.

Kebanyakan yang cedera dilanggar kenderaan apabila pemandu cuba merempuh penunjuk perasaan yang menghalang lalu lintas. – MalaysiaGazette