Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kekukuhan ekonomi negara bersandarkan kepada lapan faktor iaitu pertumbuhan yang mantap dan stabil.
KLCC mercu tanda Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka terus perlahan bagi tempoh Januari hingga Mac 2019.

Ia berdasarkan prestasi Penunjuk Ekonomi Malaysia: Indeks Pelopor (IP), Serentak & Susulan bagi September 2018.

Ketua Perangkaan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, perubahan tahunan Indeks Pelopor (IP) menunjukkan indeks menurun 1.7 peratus pada bulan rujukan.

Pada masa yang sama, perubahan bulanan IP menunjukkan pertumbuhan negatif sebanyak 0.8 peratus kepada 117.9 mata pada bulan yang sama berbanding 118.9 mata pada Ogos 2018.

Ini disebabkan oleh penurunan import benar semikonduktor (-0.4%), import benar logam asas berharga & logam bukan ferus lain (-0.4%) dan bilangan unit kediaman yang diluluskan pembinaan (-0.3%).

IP disusun untuk memantau arah prestasi ekonomi dalam purata empat hingga enam bulan ke hadapan. – MalaysiaGazette