John Chau

PULAU ANDAMAN – Seorang rakyat Amerika Syarikat dibunuh oleh penduduk suku yang terancam di Kepulauan Andaman dan Nicobar.

Sekumpulan nelayan yang membawa lelaki itu ke pulau berkenaan berkata, penduduk tersebut telah melepaskan anak panah kepada mangsa dan meninggalkannya di pantai.

Mangsa dikenali sebagai John Allen Chau, 27, dari Alabama.

Berhubung dengan puak-puak Andaman yang hidupa terpisah dari dunia adalah haram kerana risiko kepada mereka dari penyakit luar.

Puak terancam itu dianggarkan berjumlah antara 50 hingga 150 orang.

Tujuh nelayan itu juga telah ditahan kerana secara haram membawa mangsa ke kepulauan itu, kata polis.

suku
Rakaman suku puak terancam yang tinggal di Pulau ANdaman.

Media tempatan mendakwa, Chau dipercayai mahu menyebarkan ajaran Kristian kepada puak berkenaan tetapi melalui media sosial, Chau mendakwa beliau seorang yang begitu minat mengembara.

“Chau sebelum ini pernah melawat Pulau Sentinel Utara empat atau lima kali dengan bantuan kumpulan nelayan itu, menurut wartawan BBC Hindi, Subir Bhaumik.

Pada tahun lalu, Kerajaan India berkata, mengambil gambar atau membuat video tentang suku kaum asal Andaman akan dikenakan hukuman sehingga tiga tahun penjara.

Chau dikatakan terus berjalan meskipun diserang dengan anak panah.

“Kumpulan nelayan itu nampak puak-puak itu mengikat tali di lehernya dan menyeret badannya, mereka takut dan lari,” menurut laporan itu.

Mayat Chau dikesan pada 20 November.

Kes ini sukar kerana polis tidak boleh menahan puak tersebut.

Dua nelayan India yang memasuki Pulau Sentinel Utara juga pernah dibunuh oleh puak yang sama pada tahun 2006.

Menurut wartawan BBC Hindi, puak itu kali pertama diketahui pada tahun 2004 ketika berlaku tsunami di Lautan Hindi.

Bhaumik yang sedang menghadiri taklimat media dimaklumkan suku kaum itu selamat daripada bencana alam selepas helikopter tentera melakukan rondaan di pulau itu untuk memeriksa keadaan mereka.

Namun, ketika helikopter sedang menghampiri mereka, penduduk mula memanah helikopter.

“Jadi tentera tahu mereka selamat,” kata Bhaumik. – MalaysiaGazette