Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO akan membuat laporan polis berhubung ugutan yang dilakukan Senator Bob Manolan terhadapĀ ketua-ketua kampung Orang Asli atau tok batin di Cameron Highlands.

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ugutaan yang dilakukan Bob adalah bertentangan dengan Seksyen 9 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

“Ugutan YB Sen Bob Manolan PKR kepada Tok-Tok Batin Orang Asli (Tok Batin) untuk hentikan sebarang penyaluran gaji dan lucut jawatan mereka jika mereka tidak undi calon PH jelas bertentangan dengan Seksyen 9 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954,” katanya dalam akaun Twitter.

Portal Malaysiakini melaporkan dalam ucapannya, Bob menegaskan ketua-ketua kampung Orang Asli atau tok batin di Cameron Highlands mungkin kehilangan gaji dan jawatan mereka jika tidak mengundi kerajaan persekutuan pada Pilihan Raya Kecil 26 Januari ini.

Menurut Bob, pemimpin masyarakat Orang Asli dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kini perlu menyokong agenda kerajaan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Bagus, jika UMNO/BN mengunakan UGUTAN Bob Manolan utk meraih Undi Orang Asli.

    Manakala PH pula Akan mengatasi permasaalahan tersebut melalui JHEOA.

    The battle line is drawn who Captured the Heart & Mind of Those Orang Asli. Bah, after 64 Yrs of Independent, Malaysia Still have Orang Asli

Tinggalkan Jawapan