pilihanraya Thailand
Rakyat Thailand mengadakan protes apabila kerajaan menangguhkan pilihanraya umum.

BANGKOK- Raja Thailand telah mengeluarkan titah untuk mengadakan pilihanraya umum pertama sejak rampasan kuasa oleh junta tentera pada 2014.

Titah diraja yang disiarkan oleh Royal Gazette itu memaklumkan mengenai perintah untuk mengadakan pilihanraya kepada semua ahli parlimen dan memberikan masa selama lima hari kepada Suruhanjaya Pilihanraya untuk mengumumkan tarikh pengundian.

Titah diraja itu juga bermakna waktu berkempen telah bermula secara rasmi.

Pilihanraya tersebut akan menjadi pilihanraya pertama selepas junta tentera menggulingkan pentadbiran Yingluck Shinawatra hampir lima tahun lepas sehingga menyebabkan perlembagaan perlu ditulis semula dan hampir semua pentadbiran kerajaan diketuai oleh pakatan utama ketenteraan.

Menurut kerajaan, tarikh pengundian akan diadakan tidak lewat dari hujung Februari ini. – MalaysiaGazette