Pemain JDT, Safawi Rasid tenang mengawal bola ketika aksi menentang pasukan Ulsan Hyundai FC pada perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) bagi kumpulaan I di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 30 APRIL 2022.

KUALA LUMPUR – Dua bintang Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Safawi Rasid dan Akhyar Rashid disahkan akan menyertai Terengganu FC (TFC) musim depan.

Perkembangan itu dikongsikan menerusi satu ciapan dalam laman sosial X milik seorang wartawan sukan yang mengatakan dua pemain kebangsaan tersebut akan menyertai skuad kendalian Tomislav Steinbruckner secara pinjaman.

Official and confirmed, Akhyar Rashid ‘loan out’. Difahamkan ke Terengganu bersama Safawi Rasid,” tulis Zulhelmi Zainal Azam.

Sebelum ini, penghijrahan Akhyar Rashid ke Terengganu sudah mula diperkatakan orang ramai selepas JDT merancang menstruktur kewangan bagi memastikan kelangsungan bagi jangka panjang.

Musim ini Akhyar hanya tampil dalam 15 perlawanan bersama JDT dan sempat menjaringakan lima gol serta satu bantuan.

Tambah Zulhelmi, Leandro Velazquez yang dikatakan sudah lengkap proses menjadi pemain naturalisasi negara bagaimanapun turut diumumkan tidak kekal bersama JDT. – MalaysiaGazette

Pemain JDT, Muhammad Akhyar Abdul Rasid (kanan) mengasari pemain Borussia Dortmund FC, Passlack pada aksi perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim, Gelang Patah, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 28 NOVEMBER 2022.