Kongsi
Liow Tiong Lai diiringi Pengerusi Eksekutif Kawasaki Malaysia Sdn. Bhd., Ahmad Faez Yahya (dua kanan) mencuba motosikal berkuasa tinggi pada Kempen Keselamatan Jalan Raya Kawasaki 2017 di Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 6 JANUARI 2017.

KUALA LUMPUR – Kira-kira 1,400 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan bertugas sepanjang pelaksanaan Ops Jalan sempena Tahun Baru Cina ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Ops Jalan itu akan bermula pada 31 Januari ini hingga 2 Februari depan.

“Metodologi pelaksanaan akan melibatkan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang membabitan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kerja Raya dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.

“Rondaan penguatkuasaan akan diadakan di lebuhraya dan jalan utama negeri di seluruh negara apabila kenderaan akan diperiksa secara rawak.

“JPJ juga akan menjalankan pemeriksaan bas di terminal bas utama di seluruh negara selain penyamaran sebagai penumpang bas ekspres.

“Pada masa sama, JPJ akan menguatkuasakan penyamaran bergambar di lokasi yang sering berlaku pelanggaran undang-undang serta penguatkuasaan ke atas motosikal di laluan utama,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis Kempen Keselamatan Kawasaki di Plaza Tol Sungai Besi Arah Selatan di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Kawasaki Motors Malaysia, Ahmad Faez Tan Sri Yahaya dan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Nadzri Siron. – MalaysiaGazette

Kongsi

Tinggalkan Jawapan