Walaupun telah dilantik sebagai Pengerusi Permodalan Nasional Bhd. (PNB) yang baharu, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz tetap akan memikul tanggung jawab sebagai ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) yang digalasnya sejak 50 hari yang lalu.

KUALA LUMPUR – Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada Pasukan Bertindak Khas yang menjalankan siasatan mengenai kerugian transaksi mata wang asing yang dialami oleh bank pusat berkenaan sekitar 1990-an.

Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia itu berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan tujuh terbitan buku dan monograf Pusat Pendidikan Antarabangsa Kewangan Islam INCEIF berkata, isu kerugian urus niaga itu tidak pernah dibangkitkan ketika beliau masih dalam jawatan Gabenor Bank Negara selama 16 tahun.

Bagaimanapun, Zeti berkata, isu berkenaan sudah pun diselesaikan sebelum beliau menyandang jawatan berkenaan dengan pelbagai peraturan ketara diperkenalkan.

Kabinet baru-baru ini menubuhkan Pasukan Bertindak Khas yang diketuai oleh bekas Ketua Setiausaha Negara KSN, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan untuk mengkaji dan menyiasat dakwaan kerugian AS$10 bilion yang dialami Bank Negara dalam tahun 1990-an.-MalaysiaGazette