Home Dunia Burqa diharamkan di Jerman

Burqa diharamkan di Jerman

Wanita dilarang memakai burqa di Quebec. foto AFP

BERLIN – Penggubal undang-undang Jerman meluluskan larangan memakai burqa yang menutup keseluruhan wajah sebagai langkah-langkah keselamatan mencegah serangan pelampau.

Peraturan baharu diguna pakai kepada penjawat awam termasuk kakitangan pilihan raya dan kehakiman serta tentera.

“Negara ini mempunyai tanggungjawab memastikan ideologi dan keagamaan adalah neutral,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Dewan Rakyat.

Sejak tahun 2015, Jerman mempunyai lebih daripada sejuta pendatang asing dan pelarian daripada kebanyakan negara Islam.

Undang-undang baharu itu dicetuskan oleh beberapa kejadian serangan militan, termasuk rempuhan trak di pasar Krismas di Berlin yang meragut 12 nyawa dan langkah-langkah pencegahan menjelang pilihan raya September nanti.

Menteri Dalam Negeri, Thomas de Maiziere berkata, peraturan tersebut menjelas dan menyampaikan nilai-nilai dan had toleransi Jerman kepada budaya lain dalam mencapai integrasi sosial dalam kalangan pendatang.

Bagaimanapun, pengharaman menutup muka penuh dibenarkan – sebagai contoh, untuk pekerja kesihatan yang melindungi diri mereka daripada jangkitan atau pegawai polis menyembunyikan identiti mereka.

Orang juga boleh dikehendaki mendedahkan wajah untuk memastikan padanan muka dengan kertas identiti mereka.

Langkah-langkah keselamatan baharu juga dimasukkan termasuk penggunaan gelang pergelangan kaki elektronik, jika diluluskan oleh hakim, bagi orang-orang dianggap sebagai mengancam keselamatan, dalam kes-kes polis persekutuan – seperti radikal Islam dianggap berpotensi ganas oleh perkhidmatan keselamatan.

Undang-undang lain yang membuka jalan bagi pasukan polis negara dan negeri untuk mengumpulkan data mereka dalam sistem IT bersepadu yang baharu.

Di bawah langkah baru lain, Jerman akan melaksanakan peraturan Kesatuan Eropah untuk pertukaran data penumpang penerbangan dalam usaha menentang keganasan dan jenayah yang serius.

Dan mereka yang melakukan serangan fizikal ke atas polis, perkhidmatan kecemasan dan anggota tentera yang bertugas pada masa akan datang – boleh dihukum penjara sehingga lima tahun. – MalaysiaGazette